Trend & Harga Emas
“Perlu ke beli emas sekarang? atau perlu tunggu harga jatuh lagi?” . Inilah antara soalan yang sering dipersoalkan oleh segelintir daripada kita. Diri sudah yakin dan tahu emas merupakan pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang, tapi persoalan seterusnya, bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang ahli untuk membicarakan isu secara serius dan mendalam, sebaliknya, saya suka untuk membawakan pemahaman akan isu ini secara ringkas tetapi penuh makna.
Ok, sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas, kita lihat dahulu beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas di pasaran global dan senarai berikut adalah diantaranya:
1.Kaitan USD dan emas

Matawang United State Dollar (USD) sering digunakan sebagai bandingan dan tukaran dengan matawang lain dunia. Tetapi, mengikut sejarah, pada asalnya emaslah yang digunakan sebagai standard kepada matawang dunia yang lain sehinggalah matawang USD mengambil alih perananannya selepas Perang Dunia ke 2. Kini, USD telah menjadi penyumbang kepada salah satu faktor yang memainkan peranan penting kepada penentuan harga emas. Emas akan dikaitkan dengan nilai USD apabila kita menentukan nilaian emas tersebut. Malah emas juga disebut dalam nilai USD iaitu “USD per Ounce Gold” seperti yang dapat dilihat pada graph di bawah.

Seandainya pengukuhan USD berlaku, harga emas akan mengalami penurunan dan begitu juga sebaliknya. Kestabilan dan peningkatan ekonomi US akan turut mempengaruhi harga emas. Antara buktinya ketika krisis ekonomi 2008 yang memperlihatkan kejatuhan USD . Krisis yang berpunca daripada kos peperangan di Iraq yang mencecah 3 trillion, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal sehingga menyebabkan ketidakmampuan membayar semula kredit tersebut dan masalah pinjaman perumahan menjadi antara puncanya. Kesannya, ia telah menyebabkan orang ramai mula ragu-ragu akan kekebalan matawang tersebut. Pada ketika ini, harga emas dilihat terus naik. Sebaliknya, jika matawang USD sedang mengukuh dan stabil, harga emas akan mengalami penurunan sementara. Tetapi, dalam jangka masa panjang, emas masih lagi dalam graf pendakian.

Bila USD lemah, harga emas akan naik "sumber:http://www.jutawanemas.com"

Bila USD kuat, harga emas akan turun "sumber:http://www.jutawanemas.com"
2.Permintaan & penawaran emas di pasaran dunia
Hal ini ada dibincangkan di dalam blog jutawanemas.com. Menurut penulisnya, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Jika permintaan tinggi, harga emas akan naik dan begitu juga dengan jika penawaran menurun. Keadaan sebaliknya berlaku apabila permintaan rendah dan penawaran menaik.
3.Pengaruh China, India dan lain-lain negara yang sinonim dengan emas
Negara China mencorak ekonomi dunia sekarang dan ia sememangnya tidak dapat dinafikan. Pengaruh China didalam menentukan harga emas ada dijelaskan dengan panjang lebar di dalam ‘ebook’ yang bertajuk ‘Teknik-teknik hebat analisis teknikal untuk pasaran emas’ karangan Shufaad (klik sini untuk maklumat lanjut). Selain itu, pengaruh perayaan di India juga dilihat mempengaruhi trend harga emas dunia dan ia juga turut diulas dengan panjang lebar di dalam buku yang saya nyatakan di atas. Antara buktinya, harga emas naik ketika Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India sebelum ini.
4.Kaitan emas hitam (minyak/petroleum) dengan harga emas
Emas hitam atau petroleum sering digandingkan bersama apabila berbicara hal emas. Walaupun warna dan sifatnya berbeza, kedua-dua emas ini terus dianggap bernilai. Apabila berlaku kenaikan harga emas hitam, ia secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku kenaikan pada harga emas. Secara ringkasnya, ia berlaku disebabkan oleh permintaan emas akan meningkat apabila wujudnya inflasi disebabkan oleh kenaikan harga emas hitam itu.







