Zakat Emas & Perak

barangkemas

1. EMAS PERHIASAN WANITA

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.

Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza, dan tidak semestinya ditaksir mengikut berat emas sahaja. Ada yang menetapkan nilai uruf dalam wang ringgit. Contoh uruf bagi negeri :

Kedah : 150 gram
Perlis : 170 gram
Melaka : RM5000
Perak : 500 gram
Kelantan : Tiada uruf

Contoh: Pengiraan:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
[(1000 gram x RM 171) x 2.5%]
= RM 171 000 x 2.5%
= RM 4275.00

emassimpan

2. EMAS YANG DISIMPAN

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang emas, jongkong emas dan dinar emas.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

Contoh Pengiraan:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
[(100 gram x RM 171) x 2.5%]
= RM 17 100 x 2.5%
= RM 427.50

silversimpan

3. PERAK

Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh Pengiraan:
[(1000 gram perak x RM 3.90)x 2.5%]
= RM 3900 x 2.5%
= RM 97.50

Have something to add?

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>